Ya Allah Jadikan Al-Qasimi ini tumpuan umum

ASSALAMUALAIKUM

Sunday, December 13, 2009

Salam Al-Qasimi


Assalamualaikum

Alhamdullillah dengan izinNya,masjid Al-Qasimi Kampung Parit Pasir Tumboh dapat menyediakan satu blog untuk tatapan umum.Pembinaan sebuah blog ini adalah selari dengan perkembangan semasa yang berasaskan media elektronik dalam menyampaikan pelbagai makluman dan hal ehwal semasa,khususnya berkaitan dengan aktiviti masjid.

Saya berharap dengan adanya ruangan dalam blog ini,warga mukim Kampung Parit dapat berinteraksi secara meluas dan bertukar pandangan dalam menjadikan masjid Al-Qasimi sebagai masjid yang benar-benar menjadi pusat pengembangan ilmu disamping mengimarahkan lagi.

Oleh itu,saya berharap ia menjadi medan pertama dalam mengharungi perkembangan sains dan teknologi di masjid ini.

akhir sekali,marilah kita bersama mengimarahkan masjid Al-Qasimi.

Yang Benar

Ismail Muhammad ( Tok Imam Pa )
Imam Masjid Al-Qasimi

No comments:

Post a Comment