Penghijrahan Minda perlu ditingkatkan - Ustaz Saibon Ismail
Umat Islam masa kini perlu menghayati Maal Hijrah dengan melalui beberapa perubahan dan penghijrahan dan ia terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu, Hijrah Diri dari Kampung Asal ke Kampung Baru,Hijrah Minda iaitu perubahan semasa dalam kehidupan harian,Hijrah Pemikiran iaitu berhijrah mencari ilmu pengetahuan,Hijrah Sikap iaitu berubah dari sikap lama kepada yang lebih baik dan yang penting dan utama ialah penghijrahan keluarga daripada perkara yang lama kepada yang baru dengan membawa perubahan dalam pelbagai aspek seperti hal berkaitan dengan peningkatan amalan agama,pengawalan terhadap perjalanan anak-anak iaitu cara pemakaian,pergaulan dan menghidupkan suasana pembacaan Al-Quran dalam rumah.